Portal Cari Jodoh Semanis Kurma
Showing posts with label islam. Show all posts
Showing posts with label islam. Show all posts

Berang dimarahi minum arak di tepi surau, 7 lelaki pecahkan cermin, rempuh pagar surau

Tujuh lelaki dan seorang wanita berusia 20 hingga 23 tahun ditahan kerana terbabit dalam kejadian merempuh pagar dan memecahkan cermin surau di sebuah pangsapuri di Mantin di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, tujuh lelaki terbabit yang dipercayai mabuk dikatakan berang apabila perbuatan minum arak di sebuah pondok berhampiran surau itu, ditegur seorang lelaki yang berada di dalam kawasan berkenaan.
Difahamkan, suspek yang tidak berpuas hati kemudian menaiki sebuah van lalu merempuh pintu pagar surau terbabit sebelum membaling botol arak dan batu ke dalam kawasan itu, mengakibatkan beberapa cermin pecah. Seorang penduduk enggan namanya disiarkan berkata, lelaki yang menegur perbuatan kumpulan itu mengalami luka ringan pada tangan akibat terkena serpihan kaca dan menghubungi polis untuk bantuan.
“Polis yang tiba tidak lama kemudian berjaya mengesan kumpulan terbabit dan menahan mereka bersama seorang rakan perempuan di kawasan itu,” katanya di sini, semalam. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdullah Roning, berkata kejadian itu berpunca akibat salah faham dan tidak membabitkan isu perkauman atau keagamaan. “Kita menganggapnya kes terpencil dan selesai dengan penahanan semua suspek terbabit. Polis berharap kes ini tidak dimanipulasi mana-mana pihak kerana jelas tidak membabitkan isu keagamaan dan perkauman,” katanya.-Berita Harian

Nama Cina Pada IC tapi Islam Itu Pasti


saya suka budak cina ni ...
baca apa yg dia tulis tentang nama cina pada IC tapi agama islam 

Assalammualaykum to my dearest readers 

Ok today.. my blog is regarding my name. 

last month I went to collect my identity card from JPN. Alhamdulillah , it was done after such a long process.

Then..suddenly I recall an incident that happened when I was attending a talk regarding Shalat. This talk was registered by my boss from my working place ( All Praise to Allah, my boss sayang me so much and she reserved this ceramah agama seat for me )

So I was searching my name on the attendance sheet…… and I found this :
Sophea Ng bt Abdullah

Hmm…. Since when my father become Abdullah?

Then I took my pen and draw a line on the name, and I wrote my name beside it --- Ng Pooi Kheng.

And then there was a pretty lady ( the person incharged of the attendance ) looked at me with a very unusual eye sight and asked :
“ ni ke nama betul?”
“ya Cik , ni nama saya.” I answered.
“eh.. betul ke ?” she asked again.
“ ya Cik.” I answered again , with a big wide smile *wink* ,

xxxxxxxxxxxx xxxxxxxxxxxxxxxxxxxx xxxxxxxxxxxxxxxxx

Hmmm….. lots people still dunno that it is not compulsory to change the name after someone embrace Islam.

I was once asked by someone :
XX :“ tahniah dah masuk Islam.. nama baru ?”
ME : “oh… saya takde nama baru.”
XX : “yang orang lain dok panggil Sophea tu?”
ME : “ooh tu nama panggilan. Dalam IC tak tukar.”
XX : “ekk apasal pulak? Kena lah tambah bt Abdullah kat belakang.”
ME : “yea boleh kalau nak tambah BT ABDULLAH.. tapi kalau x tambah pun takpe. Tak wajib.”
XX : “ ehhh kenalah tambah. Ng Pooi Kheng tu nama orang cina. Dah masuk Islam kena tukar nama , baru lar orang lain tau dah tukar agama.”
ME : “ Saya tukar agama , tapi saya tak tukar bangsa.”

Don’t worry , I answered it in a very nice way and smile of course… *ngeeee*

xxxxxxxxxxxxxxxxx xxxxxxxxxxxxxxxxxxxx xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Ng is my surname -- 黄 (huang2)
Pooi Kheng is my name -- 佩琼 (pei4 qiong2)
My name roughly means --- fine , nice, good things and happiness.

For me…it might not be an Islamic name. but my name was given by my parents. It is just like the first gift they gave me when I was born. I appreciate my name so much.

And again.. embraced Islam doesn’t mean I turn myself into a Malay or Arabian. Not to be racist, but I am sure all of us are proud of our own blood. Same goes to me. I was a Chinese, and the only thing changed is… I am now a Chinese Muslim ( Allah is the Greatest)

Islam is a peaceful religion, that teach and guide us towards the right pathway. 
The beauty of Islam should be seen through our attitude , personality , our life , our heart and our soul…. Not through our name.

But anyway…. You can still call me anyway u like.. depends on how close we are 

Ng , Angie , Sophea , Sophy , ah kheng , pooi kheng, kheng kheng….et c. hehehe
if we are close enough , no matter how u called me , I will sure recognize you 

that’s all I want to share.

Chinese is my root ; Islam is my way of life.

forgive me if my sentences offended anyone. Allah knows the Best.

Lots of love
Wa'laykumussalam
Regards,
Sophea Ng, 佩琼。

sources : http://sophyng.blogspot.com/




| Video | Rakaman CCTV Kes Khianat Di Masjid Limbongan, Besut

Besut – Penemuan berpuluh kitab suci al-Quran yang berselerak di tangga dan tandas oleh jemaah Masjid Kampung Limbongan, dekat sini, awal pagi tadi mengejutkan umat Islam daerah ini.
Kejadian itu disedari berlaku oleh sepasukan ahli Skim Rondaan Sukarela yang melakukan rondaan kali kedua di situ jam 2.30 pagi apabila ternampak al-Quran berselerak di tangga masjid sebelum rondaan pertama jam 1 pagi di kawasan itu tidak menemui sebarang perlakuan mencurigakan.
Lebih mengejutkan, jemaah yang datang untuk menunaikan solat Subuh pagi tadi turut menemui kitab suci itu bersepah di lantai masjid dan dalam tandas.
Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Putera Mohd Mahdi Musa berkata, beliau dimaklumkan oleh penduduk mengenai kejadian itu Subuh tadi.
Katanya, kejadian itu amat dikesali dan tidak patut berlaku di tempat berkenaan.
Beliau berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan segera dan menyiasat perkara itu sebelum merebak di tempat lain.
SUMBER : http://terengganutoday.com/



KISAH ORANG GILA BERAMBUT PANJANG & TUKANG GUNTING





Seorang pemuda yang beriman telah pergi melancong ke Russia. Di sana ramai penduduknya terdiri daripada orang yang tidak beragama. Mereka dikenali sebagai Athies dan Free Thinkers. Pemuda tersebut tertarik dengan fesyen-fesyen rambut beberapa pemuda lelaki di bandar tersebut. Dia ingin mengikut fesyen rambut mereka. Maka diapun, masuk ke salah satu kedai gunting yang berdekatan. Kebetulan, tukang gunting tersebut seorang yang sangat fasih berbahasa English dan amat peramah. Sambil menggunting rambut mereka berdua pun berbual-bual. Banyak perkara yang dibualkan termasuk tukang gunting bertanya apa agama pemuda tersebut.

            Setelah mengetahui pemuda itu beragama islam, tukang guting tersebut telah mengambil kesempatan untuk bertanya tentng Islam, tujuannya bukan untuk mengetahui lebih lanjut tentang Islam, tetapi lebih untuk menimbulkan rasa sangsi pemuda tersebut terhadap Islam. Tukang gunting berkata : "Sebenarnya TUHAN tidak ada. Kalau TUHAN ada tidak mungkin dunia ini tidak aman. Banyak sekali jenayah, gempa bumi, banjir, peperangan, kebuluran dan sebagainya. Walhal, umat Islamlah yang paling banyak mendapat bencana seperti peperangan, kebuluran, kemunduran dan sebagainya". Pemuda itu hanya diam. Pening juga bagaimana hendak memberikan penjelasan kembali. Tambah tukang gunting itu lagi... "Sebab itulah kami di sini tidak menganut sebarang agama. Kami beranggapan bahawa TUHAN itu TIADA". Kamu lihat negara kami lebih aman dan makmur berbanding dengan sesetengah negara Islam". Pemuda tadi terus membisu, jam ditangannya dirasakan teramat lambat berputar. Namun di dalam hatinya berdoa semoga Allah membantunya agar diberikan hikmat ilmu untuk menjawab tuduhan tukang gunting tersebut.

             Tukang gunting dengan senyum sinis semakin galak menerangkan tentang kehebatan dan kemakmuran negaranya yang tidak percayakan wujudnya TUHAN. Selesai saja menggungting rambut, pemuda tadi terus membayar upahnya. Dia bergegas keluar. Baru saja dia hendak membuka pintu kedai gunting tersebut, tiba-tiba dia melihat seorang lelaki peminta sedekah yang berpakain lusuh, kotor dan rambutnya panjang tidak terurus sedang berjalan di hadapan kedai tersebut. Lalu datanglah pertolongan Allah... Maka pemuda tadi mendapat idea... Dia tidak jadi keluar dari kedai dan terus menoleh kepada tukang gunting sambil berkata ; "Sebenarnya, di dunia ini semuanya ada... termasuklah adanya TUHAN. Kecuali satu perkara sahaja yang tidak ada di dunia ini" Terkejut tukang gunting tadi.. lalu bertanya; "Apakah satu perkara yang tidak terdapat di dunia ini?" Dengan tenang dan selamba pemuda tadi menjawab : "TUKANG GUNTING" Kata tukang gunting dengan penuh emosinal : "Bukankah kamu yang bergunting dengan saya tadi" Pemuda itu membalas : "kalau ada tukang gunting di dunia ini.. tidak mungkin peminta sedekah itu berambut panjang" Jawab tukang gunting tersebut : "Itu salah dia. Kalau dia pergi mendapatkan saya, tentu saya guntingkan rambutnya." Pemuda berkata : "Begitulah juga dengan masalah dunia sekarang. TUHAN itu ada, bukannya TIADA. Itu semua salah manusia. Kalau mereka mengadu atau meminta pertolongan kepada TUHAN, tentu semua masalah itu akan selesai". Pemuda itu menambah. "Ini tidak, lari dari TUHAN, malah sesetengahnya menganggap TIADA TUHAN" Tukang gunting itu terlopong dan tunduk malu. Niatnya untuk mengenakan pemuda tadi nampaknya tidak berjaya, sebaliknya dia yang terpukul oleh perbandingan yang dikemukakan pemuda tadi...


            Kemudian pemuda tadi terus keluar. KESIMPULAN ; Kenapakah Allah memberi (orang Islam yang beriman) dengan pelbagai ujian seperti gempa bumi, banjir, peperangan, kebuluran dan sebagainya?. Firman Allah didalam Surah Al-Baqarah ayat 214 ; 
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah). Wallahua'lam......

POPULAR POSTS