Portal Cari Jodoh Semanis Kurma

MH17 : Hasrat Bertemu Kakak untuk menyambut hari raya Aidilfitri Setelah 5 Tahun

MH17: Adik mangsa sedih tidak bertemu kakak selepas lima tahun
MH17 dilaporkan terhempas ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. - 


SEPANG: Adik kepada seorang daripada penumpang pesawat MH17 yang dilaporkan terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia, pada Khamis, tidak menyangka peluang untuk bertemu kakaknya setelah lima tahun menunggu, kini tipis.

Noraini Mohd Noor berkata, kakaknya Nurahimah Mohd Noor, 67, yang menetap di Geneva sejak 30 tahun lepas, dilaporkan berada dalam pesawat itu dan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di ibu negara untuk menyambut hari raya Aidilfitri.

Katanya, sebaik mendapat tahu tragedi pesawat itu menerusi berita di televisyen, beliau terus bergegas ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) untuk mengetahui perkembangan terkini.

"Kakak saya telah menetap di Geneva selama 30 tahun bersama keluarganya di sana dan akan pulang untuk menyambut hari raya bersama kami di Malaysia selama enam minggu," katanya ketika ditemui pemberita di Menara Anjung Tinjau, KLIA, di sini, hari ini.

Beliau berkata, kali terakhir kakaknya pulang ke Malaysia ialah lima tahun lepas untuk menyambut hari raya.

Penerbangan MH17 berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Amsterdam) dan dijadual tiba di KLIA, Sepang pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) hari berikutnya.


Kredit:www.astroawani

MH17 Di Tembak Jatuh




Ukraine Tersalah Tembak


Terkini, lidah rasmi Russia, RT News telah melaporkan bahawa pesawat IL-96 milik mereka telah melalui laluan yang sama dilalui oleh MH17 pada jam 16:21 waktu Moskow, manakala MH17 telah melalui laluan udara yang sama pada jam 15:44 waktu Moskow, iaitu sekitar setengah jam lebih awal berbanding IL-96.

Menurut sumber Russian Today, serangan ke atas pesawat MH17 itu sebenarnya mahu disasarkan kepada pesawat IL-96 yang terbang dari Brazil ke Russia.

IL-96 adalah sebuah pesawat khas yang membawa Presiden Russia, Vladimir Putin yang mana Putin ketika itu dalam perjalanan pulang dari Brazil ke Russia selepas menghadiri satu konvensyen berkenaan BRISC.

Menurut satu sumber yang tidak mahu disebutkan namanya, pesawat yang membawa Putin dan juga Boeing Malaysia telah bersilang pada satu titik yang sama.

“I can say that Putin’s plane and the Malaysian Boeing intersected at the same point and the same echelon. That was close to Warsaw on 330-m echelon at the height of 10,100 meters. The presidential jet was there at 16:21 Moscow time and the Malaysian aircraft - 15:44 Moscow time,” - Menurut sumber berkenaan.

Tambah sumber itu lagi, pesawat yang dinaiki Putin dan MH17 mempunya struktur yang hampir sama dan menggunakan warna yang sama. Hal ini mungkin telah menjadi kekeliruan kepada si penyerang.


(Putin dilihat turun dari pesawat setelah tiba di Russia daripada Brazil)

Terkini, MH17 telah dilaporkan terhempas pada jam 12.14 pagi waktu Netherlands dimana ketika itu pesawat sedang melalui ruang udara Ukraine dalam wilayah Tokirez. Pesawat telah ditembak menggunakan "surface-to-air" missile, dengan menggunakan Buk missile launcher yang dikendalikan dari atas lori pengendali.

MH17 kemudiannya dilaporkan terhempas di ladang jagung di kampung Hrabove, Tokirez, Ukraine.

Laluan udara yang sedang dilalui oleh MH17 sebenarnya adalah dalam kawasan zon perang dan beberapa hari lepas, pihak Pejuang Pembebasan Ukraine telahpun mengeluarkan kenyataan melarang sesiapa sahaja yang melalui kawasan udara mereka dan mereka akan menembak jatuh apa sahaja yang melintasi ruang udara mereka.

Menjadi persoalan utama kepada kita semua,

MENGAPAKAH MH17 MELALUI LALUAN UDARA ZON PERANG???


Sama-samalah kita nantikan jawapan seterusnya daripada pihak berkuasa kita yang akan terus menerus memberikan informasi kepada rakyat Malaysia.

Ayuh, sama-sama kita berdoa agar yang terbaik sahaja untuk kita di Malaysia. Sesungguhnya ini semua adalah bala buat kita rakyat Malaysia, mungkin kerana kita terlalu leka dan alpa selama ini. Sesudah MH370, kini kita digemparkan lagi dengan MH17 di saat rakyat di Gaza sedang diserang dengan menggunakan serangan darat oleh askar Israel, manakala di Sabah pula sedang berhadapan ancaman gerila Sulu.

Semoga dengan keberkatan Ramadhan, kita semua diberi keampunan oleh ALLAH SWT seterusnya diberi laluan mudah untuk keluar dari segala kemelut yang sedang melanda kita ini.

Kita harapkan yang terbaik daripada pihak berkuasa kita dalam menangani isu MH17 dan juga isu di Sabah.

Semoga kali ini bukan lagi episod kedua bagi kecelakaan negara kita setelah kita gagal mengawal situasi dalam peristiwa serangan di Lahad Datu tahun lalu dan MH370 pada Mac yang lepas.

Sekian laporan daripada Brado Kapak.
Copy Paste :  http://goo.gl/ukvctj 
DramaRaja.blogspot.com

kebaikan mandi sebelum subuh




Antara kebaikan mandi sebelum subuh ialah:

1) Kulit lebih lembut dan halus

Pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. Selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. Begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

2) Melancarkan peredaran darah

Jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. Malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

3) Meningkatkan kesuburan

Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4) Mengurangkan risiko darah tinggi

Untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5) Mengurangkan tekanan serta tenang

Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. Oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

6) Meningkatkan sel darah putih

Mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. Oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.

* Semoga bermanfaat untuk dikongsikan.

Kurma KOTA BHARU


KOTA BHARU- Rumah warga emas dekat Kampung Tapang, di sini kini menjadi tumpuan gara-gara pokok kurma yang ditanamnya lapan tahun lepas berbuah lebat menjelang Ramadan kali ini.

Mamat Abdul Rahman,76, berkata, bukan hanya orang luar malah dia sekeluarga turut teruja melihat kurma yang ditanamnya berbuah lebat memandangkan ia tidak pernah berlaku.

“Anak pokok tersebut anak saya beli di Gua Musang dengan harga RM25, masa tanam memang tidak yakin ia akan berbuah sebab agak sukar untuk pokok tersebut membuahkan hasil di negara ini selain di tanah Arab sahaja.

“Tiga tahun kebelakangan ini pokok tersebut sudah berbuah tetapi kurang lebat dan buahnya kecil tidak boleh dimakan, kali ini 11 tandannya berbuah lebat. Insya-ALLAH jika masak nanti akan dibawa ke surau untuk buat jamuan berbuka,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mamat yang juga bekas pemandu lori berkata, penjagaan untuk proses pembesaran pokok tersebut tidak terlalu rumit malah senang untuk dijaga.

“Ramai yang kagum melihat pokok kurma ini kerana buahnya sangat lebat, anak serta cucu dan rasa katanya amat manis dan segar.

“Jarang dapat lihat pokok kurma ditanam sekitar rumah, kawasan kampung sekitar hanya pakcik yang ada. Selepas ini saya akan tanam lebih banyak pokok kurma selain mengindahkan kawasan dapat juga merasa kelazatan buahnya,” katanya.

Sementara itu, isterinya, Zainab Abdul Rahman,72, berkata, gara-gara fenomena baru yang melanda negeri ini ramai yang mengambil kesempatan untuk melihat lebih dekat dan bergambar dengan pokok kurma tersebut.

Selain rumah Mamat, satu lokasi yang mencuri perhatian adalah di Bulatan Jam Besar berikutan kedudukannya di tengah-tengah bandar menyebabkannya paling menonjol berbanding yang lain.

Difahamkan 37 pokok itu ditanam Unit Landskap Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) sebagai tanaman hiasan untuk mengindahkan lagi bandar ini sejajar gelaran Bandaraya Islam dan dikenali sebagai Serambi Makkah.
SUMBER :http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/kurma-penantian-lapan-tahun-berbaloi-1.290740

Perodua kurangkan harga Viva RM5,300



PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) mengurangkan harga di atas jalan bagi semua varian model Viva keluaran syarikat itu sehingga RM5,300 bagi memberikan lebih nilai kepada pelanggannya.

Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, pengurangan harga itu dapat dilakukan kerana usaha penjimatan kos syarikat itu sejak 2011.

“Pengurangan harga ini juga bertepatan kerana ia menjadikan Perodua Viva kereta aras permulaan paling mampu milik di negara ini, selain selari dengan aspirasi kerajaan untuk menghasilkan lebih banyak kereta mampu milik untuk rakyat Malaysia.

“Pelanggan kami juga dapat pakej servis percuma selama tiga tahun yang kini ditawarkan kepada semua pelanggan baharu Perodua,” katanya dalam satu kenyataan.

Pengurangan harga itu bermula hari ini di semua 181 pusat jualan Perodua di seluruh negara.
Model Viva AM6BXD kini berharga RM22,000 (selepas pengurangan RM3,000) dan Viva AM1EZD RM36,800 (selepas pengurangan RM4,500) manakala model Viva AM8EXD, AM1BZD dan AM1GXD pula masing-masing berharga RM27,900, RM29,900 dan RM32,900 selepas
harga jualannya dikurangkan sebanyak RM5,300.

Selain pengurangan harga itu, Perodua akan memberi bonus tunai RM800 kepada pembeli yang mendaftarkan kereta Viva antara 17 Jun dan 31 Ogos tahun ini.

Nenek masak ikan arowana harga ratus ribu ketika cucu outstation.


Nenek masak ikan arowana harga ratus ribu ketika cucu outstation.
Seorang ahli perniagaan Cina yg pulang dari outstation terduduk apabila mengetahui ikan arowana kesayangannya telah dimasak oleh neneknya.
Arowana Asia atau ikan naga, merupakan ikan hiasan yg popular di kalangan masyarakat Cina terutamanya, dan bergantung kepada jenis dan coraknya, ikan ini boleh dijual di Singapura dengan harga $88,888 (RM228,000) atau lebih.
Ikan yg boleh membesar sehingga 1 meter panjang dan berdiet serangga dan ikan kecil, dipercayai membawa tuah kerana persamaannya yg seakan naga - haiwan mitos kepercayaan masyarakat Cina.
Menurut sumber, Wang yg menetap di Bandar Kunming di Yunnan, China tinggal bersama bapa serta neneknya.
Wang merupakan peminat ikan akuarium dan membela banyak ikan hiasan di rumahnya, tapi neneknya kurang meminati hobinya yg beranggapan ianya perbuatan yg membazir kerana kesemua akuarium itu perlu kerap ditukar air bersih.
Dan ketika cucunya itu keluar outstation untuk tempoh yg lama, neneknya mengambil peluang memilih yg paling cantik untuk dimasak stew.
Cucunya yg pulang selepas itu terkejut ikan arowana miliknya telah hilang dan hasil soal siasat neneknya mengaku telah menjadikannya hidangan.
Neneknya mengakui rasanya amat sedap.

POPULAR POSTS