Dugaan Lelaki Yang Harus Menyaksikan Payudara Wanita - Wanita Harus Faham | Cuba
bayangkan. Ada satu lelaki ni, dia duduk dalam bas sebelah seorang
perempuan bertudung. Perempuan ni cantik. Dia pakai baju lengan panjang
dan tutup aurat tapi sayang baju dia ketat. Walau pun bertudung tapi
sayang tudung dia tak tutup dada. Oleh sebab baju dia tu ketat, maka
tersembul la dua bentuk yang menonjol di dada perempuan itu.
Si lelaki ini, masa first dia duduk di sebelah perempuan tu dia still dapat control
lagi. Tapi bila dia ternampak dada perempuan yang montok itu secara
tidak sengaja, bayangan dada perempuan itu terus melekat di dalam
kepala. Lelaki tu berusaha menundukkan kepalanya supaya dia tidak
ternampak lagi dada perempuan itu, tapi sayang bayangan itu telah menjelma di dalam kepala.
Lelaki tu tutup matanya, tapi syaitan masih lagi buat dajal dalam
fikirannya. Syaitan cakap dekat lelaki tu. "Kau bayangkan kalau dada
perempuan yang kau nampak dalam fikiran kau ni dah besar, macam mana
pulak kalau kau tengok real kan?"Puas lelaki itu melawan godaan syaitan.
Tapi nafsu datang membantu syaitan tu. Akhirnya lelaki tu tumpas.
Lelaki tu buka mata dia,
dan dia toleh ke arah perempuan tu sekejap. Perempuan tu tak sedar dia
diperhatikan, lalu lelaki tu pun tengok la ke arah dada perempuan yang
montok itu puas-puas. Tiba-tiba, perempuan tu pusing ke arah lelaki itu
dan ternampak yang renungannya lain macam je. Bila dia nampak arah
pandangan lelaki tu, perempuan tersebut terus marah.
"Bodoh! Lelaki gatal! Mata keranjang!" Perempuan itu menyumpah-nyumpah
lelaki tersebut. Kesian, lelaki itu dipersalahkan. Perempuan sering
marah bila ada lelaki memandang mereka dengan muka yang bernafsu seperti
seorang perogol yang tengah menunggu mangsanya. Kononnya lelaki
semuanya bernafsu buaya. Tapi perempuan tak pernah fikir ke apa sebabnya
lelaki jadi macam tu?
Pernah tak lelaki jadi begitu bernafsu apabila melihat seorang perempuan
yang memakai tudung yang besar dan menutup dada mereka? Pernah tak
lelaki bernafsu melihat perempuan yang baju mereka agak longgar seperti
jubah?
This is reality. Ramai aku tengok perempuan zaman sekarang pakai tudung
macam tu. Bukan aku nak kondem perempuan-perempuan tu semua. Tapi aku
nak minta satu je. Please, for the sake of other men out there as well
as for your safety,
pakai la tudung yang besar sikit. At least, tutup dada pun kira okey
la. Lelaki kalau dah ternampak buah dada perempuan yang montok, terus
terang aku cakap aku memang akan terbayang gila-gila punya.
Aku tau, lelaki patut menundukkan pandangan mereka dan mengelak daripada
melihat benda-benda yang tak elok seperti yang termaktub dalam Al-quran
surah An-nur ayat 30
مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ۚ ذَٰلِكَ أَزْكَىٰ لَهُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ
Maksudnya :
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman
supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram),
dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi
mereka sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang
mereka kerjakan.
Tetapi, tanggungjawab itu bukan ke atas lelaki saja. Perempuan jugak
mempunyai tanggungjawab mereka seperti yang tertulis dalam surah An-Nuur
ayat 31 ni:
وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَزِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلَا يُبْدِينَزِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاء بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءبُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَامَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُوْلِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاء وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِني زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعاً أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Maksudnya :
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat
pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara
kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh
mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup
belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka
memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka,
atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau
anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi
saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara
mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba
mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak
berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti
lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki
untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka
dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang
beriman, supaya kamu berjaya.
You see that? Maafkan aku sekiranya bahasa yang aku gunakan di sini agak
kasar sedikit. Mungkin ada perempuan yang terguris hati bila aku tulis
pasal benda ni. Tapi aku buat ni untuk kebaikan bersama jugak. Jangan
salahkan lelaki saja bila mereka melihat perempuan ini seperti satu
simbol seks. Memang lelaki nampak bersalah, tapi kalau puncanya jugak
disebabkan oleh perempuan, maka kedua-dua pihak adalah bersalah.
Aku harap, selepas ini perempuan-perempuan yang di luar sana especially
yang pakai tudung kecik dan masih menampakkan dada tu, silalah berubah.
Apa salahnya memakai tudung yang besar kan? Kalau korang rasa sukar
untuk berubah, cuba tanya soalan ni dekat diri sendiri. Adakah korang
sanggup bila lelaki selalu melihat buah dada korang dan menganggap
korang sebagai simbol seks atau pun korang lebih memilih untuk memakai
tudung yang besar dan lelaki melihat korang dengan penuh kehormatan?
Post a Comment