Portal Cari Jodoh Semanis Kurma

Sandisk Memperkenalkan Kad MikroSD 128 Gigabyte

Posted by Sharing_Is_Gempak



Antara perkara menarik yang kami sedari tentang Samsung Galaxy S5 ialah ia menyokong penambahan memori dalaman menggunakan kad MikroSD sehingga 128 Gigabyte. Jika kami tidak silap ini S5 ialah peranti pertama yang menyokong penambahan memori dalaman sebesar ini. Ini tidak mengejutkan kerana kad MikroSD sebesar ini hanya baru diperkenalkan di pasaran oleh Sandisk di Mobile World Congress 2014. Kenapakah kad MikroSD sebesar ini diperlukan sekarang? Ini adalah kerana peranti mobil dan kamera digital masa hadapan akan mempunyai kemampuan mengambil video pada resolusi UHD 4K. Umum diketahui video yang diambil pada resolusi ini mempunyai saiz yang sangat besar.Sebagai perbandingan video 1080Pselama 30 saat adalah sekitar 62 MB manakala video 4K dengan panjang yang sama adalah sebesar 177 MB!

Ini juga sebab mengapa peranti Samsung dilengkapi USB 3.0 bagi mempercepatkan proses pemindahan data. Harga MikroSD 128 Gigabyte ini bermula dari USD 199 sekeping. Agak mahal tetapi anda perlu ingat pada tahun 2011 saiz sebuah kad SD dengan kapasiti yang sama ialahUSD 700 sekeping. Harga untuk setiap Gigabyte sudah menurun dengan mendadak.
Sumber : Amanz.my

Related Post



Post a Comment

POPULAR POSTS