"SAYA DAH TAK SABAR NAK BELI BAJU MASUK MAHKAMAH" - SHARNAAZ AHMAD | Itulah ungkapan pelakon utama drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang popular dengan watak Jebat semasa ditemubual oleh media OhBulan.
Ini adalah respon Sharnaaz Ahmad selepas Fauzi Nawawi memberikan maklumbalas bahawa dia tidak akan memohon maaf atas pesanan ringkas yang dihantarnya.
Dalam kes terdahulu, Sharnaaz Ahmad dikatakan telah memaki dan menyerang Nisdawati di lokasi penggambaran filem mereka di Sungai Buloh. Situasi bertambah rumit apabila melibatkan suaminya, Fauzi Nawawi yang bertindak menghantar pesanan ringkas SMS bagi mendapatkan penjelasan.
Sharnaaz Ahmad memberikan masa seminggu untuk Fauzi Nawawi memohon maaf kepada ibunya yang didakwa dilibatkan dalam pesanan ringkas terbabit. Fauzi Nawawi yang enggan memenuhi permintaan itu menyebabkan Sharnaaz Ahmad berkeras mahu meneruskan saman. Katanya:
“Tak apa lah kalau dia (Fauzi) tak nak minta maaf, kita jumpa di mahkamah. Saman tetap saman. Saya harap selepas ini dia diam, saya pun dah tak sabar nak beli baju baru masuk mahkamah.”
“Kita tengok nanti apa yang dia nak tegakkan, kalau bagi dia perkataan itu tak kurang ajar tak apalah. Saya cuma nak fight untuk keluarga saya.”
Sumber : OhBulan!
Sumber : OhBulan!
Post a Comment