SEPANG: Adik kepada seorang daripada penumpang pesawat MH17 yang dilaporkan terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia, pada Khamis, tidak menyangka peluang untuk bertemu kakaknya setelah lima tahun menunggu, kini tipis.
Noraini Mohd Noor berkata, kakaknya Nurahimah Mohd Noor, 67, yang menetap di Geneva sejak 30 tahun lepas, dilaporkan berada dalam pesawat itu dan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di ibu negara untuk menyambut hari raya Aidilfitri.
Katanya, sebaik mendapat tahu tragedi pesawat itu menerusi berita di televisyen, beliau terus bergegas ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) untuk mengetahui perkembangan terkini.
"Kakak saya telah menetap di Geneva selama 30 tahun bersama keluarganya di sana dan akan pulang untuk menyambut hari raya bersama kami di Malaysia selama enam minggu," katanya ketika ditemui pemberita di Menara Anjung Tinjau, KLIA, di sini, hari ini.
Beliau berkata, kali terakhir kakaknya pulang ke Malaysia ialah lima tahun lepas untuk menyambut hari raya.
Penerbangan MH17 berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Amsterdam) dan dijadual tiba di KLIA, Sepang pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) hari berikutnya.

Kredit:www.astroawani
Post a Comment