Gewang – Topwater, shallow dan deep
Gewang Topwater
Gewang topwater ialah gewang yg ringan, timbul dan digunakan dipermukaan air. Ia tidak tenggelam dan digunakn utk memburu ikan yg selalu memburu mangsa dipermukaan. Manakala popper pula adalah jenis gewang yg menghasilkan percikan air apabila ditarik henjut, spesis yang biasa menyambar gewang jenis ini adalah dari spesis air tawar iaitu haruan, toman, belida, sebarau, kelah manakala air masin pula dari jenis alu-alu, siakap, kerapu, siakap merah dan dari spesis belakang pulau juga ia efektif pada spesis geropoh, talang, dan pelbagai spesis pemangsa lain. Bagi pencil bait pula ia juga adalah jenis timbul dan cara renangannya adalah seperti ikan sakit ataupun terkena sampukan sawan “kerbau pendek” yang bermain atas air, teknik henjut juga diperlukan utk gewang ini. Walaupun gewang topwater ini agak kurang digunakan oleh pemancing kita namun ada di sesetengah situasi ia diperlukan dan lebih efektif contohnya ikan geropoh dibelakang pulau.
Jika dirujuk di laman rapala, gewang topwater yg dihasilkan di rapala ialah dari jenis skitter pop, skitter prop dan xrap walk.
Selaman Cetek/Separa tenggelam
Jenis gewang selaman cetek dan juga jenis separa tenggelam, gewang paling laku dibedal siakap, peacock bass, siakap merah, haruan, etc. perhatikan bibir gewang-gewang ini;
namun begitu ada juga model-model gewang ini dari jenis tenggelam (singking), jadi semasa membeli perhatikan betul-betul pilihan anda timbul (floating) atau Tenggelam (sinking). saiz yg disarankan adalah dari 6cm ke 9cm paling maksimum, terbukti spesimen bersaiz belasan kilo menggemari gewang jenis selaman ini. warna? bergantung kepada warna air, warna merah putih(readhead) masih mendahului paling laku disambar. Kedalamanan gewang boleh di check semasa belek belek nak beli. Kat kotak gewang tersebut sudah pasti akan tertera kedalaman gewang. Bwh ni contoh gewang shallow dari rapala. List dlm web tu panjang sgt. Tp semuanya mempunya kedalaman tertentu dan unik (tak sama). Aku bersetuju dengan statement atas yg redhead tu popular dan efektif sebab 2 ekor kerapu karang Pulau 9 baham benda tu semasa trip aku tahun lepas.
Seterusnya agak sensetif skit kepada rakan2 semua iaitu gewang gemok (fat) iaitu salah satu jenis gewang yg juga perlu disediakan didalam kotak memancing kita, keberkesanan gewang jenis ini telah dibuktikan dengan sambaran faveret daripada toman dan juga kerapu. saiz yg sesuai adalah sekitar 5cm gitu, dan terdapat dua selaman iaitu selaman dlm hingga ke 10 kaki dan juga selaman cetek. kebaikkan gewang ini adalah ia sedikit berat dan jarak lontaran agak cantik dan jauh. Pemilihan warna tidaklah begitu penting untuk gewang gemok ini kerana setelah beberapa tahun menggunakan gewang jenis ini di persekitaran pantai untuk mencari kerapu, ia bedal aje janji gemok. ciri-cir jenis timbul (flaoting) adalah pilihan yg sesuai untuk digunakan. brand Rapala , Lucky Craft, Strike Pro adalah brand yg terbaik buat masa sekarang untuk model buncit ini dan jadilah pengguna yg bijak ketika membeli gewang jenis ini
Post a Comment