Assalamualaikum. Facebook telah mengemparkan dunia dengan pengumuman yang mereka akan mengambil alih Whatsapp, aplikasi chatting yang terkenal.
Pengumuman ini dibuat oleh CEO Facebook, Mark Zuckerberg melalui status Facebook beliau, di SINI.
Turut diumumkan, CEO WhatsApp ,Jan Koum yang akan turut menyertai lembaga pengarah Facebook.
Pembelian Whatsapp oleh Facebook bukanlah menandakan tamatnya perkhidmatan Facebook Messenger, sebaliknya menurut CEO Facebook, Mark Zuckerberg, kedua-dua perkhidmatan adalah untuk ditujukan kepada dua golongan pengguna dengan keperluan yang berbeza.
Mark Zuckerberg telah menghubungi Jan Koum pada 9 Februari yang lalu untuk menyatakan hasrat untuk membeli Whatsapp.
Post a Comment