11 GAMBAR SM AMIN HIDUP MEWAH DENGAN HASIL KUTIPAN DERMA PELAJAR PUSAT TAHFIZ AMAL | Sebelum ini admin pernah mendedahkan kerja-kerja jahat manusia bernama SM Amin di ISU PENGETUA PUSAT TAHFIZ ENJOY SAKAN DUIT DERMA.
Semalam, Pusat Tahfiz Amal berkenaan telah diarahkan tutup oleh Kerajaan Negeri Kedah berkuatkuasa serta merta.
Ertinya, jika anda masih dikunjungi oleh kanak-kanak yang meminta derma atas nama Pusat Tahfiz Amal, hentikan menghulur! Cukuplah sekadar anda memberikan mereka wang yang secukupnya untuk membeli makanan dan minuman.
Di bawah ini, anda lihat dan nilai sendiri gambar-gambar kemewahan SM Amin atau nama sebenarnya, Azhar Wahab yang hidup mewah dengan hasil penghambaan kanak-kanak menjual produknya di stesen minyak, kedai makan, RNR, sekitar bank dan pendek kata mereka ini ada dimana-mana sahaja.
Tatkala kanak-kanak bawah umur dipaksa memasarkan produknya, dia dengan sewenang-wenangnya hidup dengan hasil kekayaan haram itu. Jadi, adalah wajar masyarakat sebarkan maklumat penipuan ini dan hentikan memberi derma kepada manusia kaki joli ini.
Post a Comment