Kelebihan Jual beli kereta terpakai di Mudah.my
Salah satu perkara yang sukar dilakukan
oleh pemilik kereta ialah apabila cuba menjual kereta terpakai milik
sendiri secara terus kepada pembeli. Berbanding menjual atau trade in
kepada kedai menjual kereta terpakai atau dealer kereta, menjual kereta
milik sendiri secara terus kepada pembeli mempunyai kelebihan yang
tersendiri.
Salah satu kelebihannya ialah pemilik
kereta boleh meletakkan harga yang lebih tinggi kepada pembeli
berbanding apabila menjual kereta tersebut di kedai menjual kereta
terpakai. Sebagai contoh, Proton Wira 1.5 manual keluaran tahun 2004
hanya akan dibeli oleh kedai kereta terpakai dengan harga dalam
lingkungan RM 17,000.00 sehingga 19,000.00 sahaja. Jika dijual kepada
pembeli secara terus, harga yang boleh diletakkan ialah dalam lingkungan
RM 20,000.00 sehingga RM 23,000.00.
Mengapa kedai menjual kereta terpakai
membeli sesebuah kereta terpakai dengan harga yang lebih rendah dari
nilai pasaran? Terdapat banyak alasan yang diberikan oleh pemilik kedai
kereta terpakai, antara alasan yang popular ialah mereka terpaksa
membaiki setiap kerosakan kereta dan mengecat baru kereta tersebut.
Selain itu mereka juga terpaksa menanggung risiko jika kereta tersebut
tidak laku dalam jangka masa yang lama, maka harga pasaran kereta
tersebut akan menurun dan mereka akan menanggung kerugian.
Sebab sebenar ialah jika mereka tidak
membeli sesebuah kereta terpakai lebih rendah daripada nilai pasaran
sudah tentu mereka tidak akan memperoleh sebarang keuntunggan apabila
menjualnya semula. Oleh sebab itu jika pemilik kereta menjual sendiri
kereta terpakai milik mereka, mereka akan mendapat keuntungan yang
sepatutnya diraih oleh pekedai kereta terpakai tadi.
Sebagai orang awam, adalah sukar mencari
pembeli kereta terpakai apabila tidak mempunyai sebarang kemudahan
untuk melakukannya. Meletakkan iklan di dalam majalah khusus untuk
menjual kereta seperti On The Road dan Motor Trader agak remeh dan perlu
mengeluarkan modal. Jadi bagaimanakah caranya untuk melakukan promosi
dan pengiklanan cara mudah dan pantas tanpa perlu membuang masa dan
mengeluarkan modal yang banyak?
Cara yang paling mudah dan pantas untuk menjual kereta terpakai ialah di Mudah.my.
Mudah.my merupakan sebuah portal khusus untuk sesiapa saja menjual
pelbagai aneka barangan peribadi secara terus kepada pembeli, dan yang
paling penting Mudah.my adalah percuma untuk disertai sesiapa sahaja.
Barangan dan produk yang paling popular
diiklankan di dalam Mudah.my ialah kereta terpakai. Kebanyakan penjual
yang mengiklankan kereta terpakai di Mudah.my adalah individu
perseorangan @ pemilik kereta yang cuba menjual terus kereta mereka
kepada bakal-bakal pembeli.
Hasil kajian mendapati keberkesanan
menjual kereta terpakai melalui Mudah.my amat memberangsangkan, tambahan
pula kebanyakan daripada bakal-bakal pembeli kereta terpakai akan
melayari Mudah.my terlebih dahulu untuk mencari kereta pilihan selain
daripada melakukan survey di kedai menjual kereta terpakai.
Kepada sesiapa sahaja yang cuba menjual
sendiri kereta terpakai yang dimiliki, Mudah.my adalah tempat yang
paling sesuai untuk melakukannya tanpa perlu bersusah payah membuang
masa dan modal. Iklankan kereta anda di Mudah.my dan anda akan dapati
panggilan telefon anda akan sentiasa berdering. Urusan urusniaga
selanjutnya terserah kepada anda sepenuhnya.
sumber : arenakereta
Post a Comment