Portal Cari Jodoh Semanis Kurma

Mudah.my Tempat Jual beli kereta terpakai Yang Paling Berkesan

Posted by Sharing_Is_Gempak

Kelebihan Jual beli kereta terpakai di Mudah.my

Salah satu perkara yang sukar dilakukan oleh pemilik kereta ialah apabila cuba menjual kereta terpakai milik sendiri secara terus kepada pembeli. Berbanding menjual atau trade in kepada kedai menjual kereta terpakai atau dealer kereta, menjual kereta milik sendiri secara terus kepada pembeli mempunyai kelebihan yang tersendiri.

Salah satu kelebihannya ialah pemilik kereta boleh meletakkan harga yang lebih tinggi kepada pembeli berbanding apabila menjual kereta tersebut di kedai menjual kereta terpakai. Sebagai contoh, Proton Wira 1.5 manual keluaran tahun 2004 hanya akan dibeli oleh kedai kereta terpakai dengan harga dalam lingkungan RM 17,000.00 sehingga 19,000.00 sahaja. Jika dijual kepada pembeli secara terus, harga yang boleh diletakkan ialah dalam lingkungan RM 20,000.00 sehingga RM 23,000.00.

Mengapa kedai menjual kereta terpakai membeli sesebuah kereta terpakai dengan harga yang lebih rendah dari nilai pasaran? Terdapat banyak alasan yang diberikan oleh pemilik kedai kereta terpakai, antara alasan yang popular ialah mereka terpaksa membaiki setiap kerosakan kereta dan mengecat baru kereta tersebut. Selain itu mereka juga terpaksa menanggung risiko jika kereta tersebut tidak laku dalam jangka masa yang lama, maka harga pasaran kereta tersebut akan menurun dan mereka akan menanggung kerugian.

Sebab sebenar ialah jika mereka tidak membeli sesebuah kereta terpakai lebih rendah daripada nilai pasaran sudah tentu mereka tidak akan memperoleh sebarang keuntunggan apabila menjualnya semula. Oleh sebab itu jika pemilik kereta menjual sendiri kereta terpakai milik mereka, mereka akan mendapat keuntungan yang sepatutnya diraih oleh pekedai kereta terpakai tadi.

Sebagai orang awam, adalah sukar mencari pembeli kereta terpakai apabila tidak mempunyai sebarang kemudahan untuk melakukannya. Meletakkan iklan di dalam majalah khusus untuk menjual kereta seperti On The Road dan Motor Trader agak remeh dan perlu mengeluarkan modal. Jadi bagaimanakah caranya untuk melakukan promosi dan pengiklanan cara mudah dan pantas tanpa perlu membuang masa dan mengeluarkan modal yang banyak?

Cara yang paling mudah dan pantas untuk menjual kereta terpakai ialah di Mudah.my. Mudah.my merupakan sebuah portal khusus untuk sesiapa saja menjual pelbagai aneka barangan peribadi secara terus kepada pembeli, dan yang paling penting Mudah.my adalah percuma untuk disertai sesiapa sahaja.
Barangan dan produk yang paling popular diiklankan di dalam Mudah.my ialah kereta terpakai. Kebanyakan penjual yang mengiklankan kereta terpakai di Mudah.my adalah individu perseorangan @ pemilik kereta yang cuba menjual terus kereta mereka kepada bakal-bakal pembeli.

Hasil kajian mendapati keberkesanan menjual kereta terpakai melalui Mudah.my amat memberangsangkan, tambahan pula kebanyakan daripada bakal-bakal pembeli kereta terpakai akan melayari Mudah.my terlebih dahulu untuk mencari kereta pilihan selain daripada melakukan survey di kedai menjual kereta terpakai.

Kepada sesiapa sahaja yang cuba menjual sendiri kereta terpakai yang dimiliki, Mudah.my adalah tempat yang paling sesuai untuk melakukannya tanpa perlu bersusah payah membuang masa dan modal. Iklankan kereta anda di Mudah.my dan anda akan dapati panggilan telefon anda akan sentiasa berdering. Urusan urusniaga selanjutnya terserah kepada anda sepenuhnya.

sumber : arenakereta

Related Post



Post a Comment

POPULAR POSTS