KUALA TERENGGANU - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun meninggal dunia hari ini akibat keracunan makanan dipercayai selepas memakan lauk yang dibeli dari sebuah pasar malam di sini, Sabtu lepas.
Muhammad Iqbal Rafie Mohd Ilme, meninggal dunia kira-kira 1 petang tadi ketika dalam perjalanan untuk menerima rawatan lanjut di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.
Ibunya Siti Zuriana Mohd Yusoff, 28, berkata anak tunggalnya itu ke pasar malam itu bersama-sama suaminya pada kira-kira 6.30 petang dan membeli ayam goreng, nasi goreng dan air keladi.
Beliau berkata hanya suaminya Mohd Ilme Mat Adam, 31, dan anaknya yang menjamah makanan itu sebaik mereka tiba di rumah mereka di Bukit Payung Marang.
"Kira-kira 7 pagi semalam, mereka mengadu sakit perut dan cirit-birit sebelum mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Bukit Payong.
"Sehingga pagi tadi, keadaan anak dan suami masih serupa dan kami sekali lagi ke klinik kesihatan sama untuk rawatan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di bilik mayat HSNZ di sini.
Sebaik tiba di pusat kesihatan itu, keadaan anaknya semakin lemah dan terpaksa menerima bantuan pernafasan sebelum dikejarkan ke HSNZ untuk rawatan lanjut.
Siti Zuriana berkata semasa dalam perjalanan ke HSNZ, beliau menyedari nadi anaknya tiada manakala suaminya yang bertugas sebagai tentera di Kem Padang Midin masih lemah.
"Sebelum ini, Muhammad Iqbal cergas dan aktif serta tidak menghidapi sebarang penyakit," katanya.
Mohd Ilme pula berhasrat untuk mengambil tindakan terhadap peniaga pasar malam itu.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Muhammad Pehimi Yusof berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca sebenar kematian kanak-kanak itu.
Pihaknya masih menunggu laporan daripada doktor berhubung kes itu dan jika berpunca daripada keracunan makanan, tindakan sewajarnya akan diambil terhadap peniaga terbabit, katanya ketika dihubungi hari ini. - Bernama
Home » kesihatan » Budak 5 tahun maut makan hidangan pasar malam
Budak 5 tahun maut makan hidangan pasar malam
Posted by Sharing_Is_Gempak
Related Post
INFO
- Nama Cina Pada IC tapi Islam Itu Pasti
- Hukum Pakai Inai
- 9 Pembunuhan Kejam Di Malaysia
- Susulan Anggota Cawangan Khas Ditembak, Rakan Setugas Ditahan
- Tiga peniaga pasar malam sebabkan keracunan makanan dikenalpasti
- | Terkini |Suspek Buang Al-Quran Di Masjid Limbongan Dikenalpasti
- | Video | Rakaman CCTV Kes Khianat Di Masjid Limbongan, Besut
- | ARTIS |GAMBAR KAD JEMPUTAN KAHWIN SYAMSUL YUSOFF & PUTERI SARAH
- | ARTIS | GAMBAR KERETA MILIK YUS JAMBU
- LELAKI DEDAH KEBIADABAN PELAJAR PUSAT TAHFIZ AMAL KETIKA MEMINTA DERMA
- | INFO | Doktor Kaut Untung Ratusan Ribu Sebulan Jual ‘MC’
- Ultras Malaya bukan penyokong tapi samseng! – FAM
- | AWAS | MEPS digodam? Ramai jadi mangsa duit ditelan Mesin ATM!
- PENEMUAN BATU “SELJI” SAMA MACAM DICERITAKAN DALAM AL-QURAN
- Jambatan kedua P.Pinang ikon terbaru negara
- CEMBURU ISTERI DIPANDANG ORANG, SUAMI BELASAH LELAKI DEPAN BANK DI CHERAS
- Sandisk Memperkenalkan Kad MikroSD 128 Gigabyte
- Harta Karun Barnilai 33 Juta Ringgit Ditemui Di Laman Rumah Sendiri
- Pekerja Bangladesh Stesen Minyak Dedah Taktik Penipuan Juruwang Di Kaunter.
- Top 10 Filem Malaysia Paling Popular 2013
- Ingin Pecah Rekod Dunia, Lelaki Ini Dibakar Selama 6 minit
- ALHAMDULILLAH_Kesemua Mayat Remaja Lemas Ditemui
- |INFO|PBS MENYUSAHKAN ...Tak percaya susahnya PBS bagi guru-guru,Biar Gambar Yang Berbicara
- | INFO |13 Gambar sayu kisah 8 sekawan lemas ditelan pasir jerlus
POPULAR POSTS
-
Tip - tip memancing Ikan air masin di kolam berbayar Pancing kolam ini perlukan teknik dari segi umpan dan kemahiran individu ser...
-
PANTUN ISNIN SAMPAI AHAD Semua malas nak bangun pagi, Bukan kerana sakit nak mati, Tapi mood masih nak cuti, Hari isnin men...
-
Laman Web Muat Turun Disekat SKMM Pertukaran DNS Elak Laman Web Daripada Disekat Kecoh dan heboh apabila hampir 10 laman web telah disek...
-
sekadar gambar hiasan Hukum Pakai Inai Sudah menjadi lumrah dan budaya buat pengantin baru untuk memakai inai di jari menjelangnya ...
-
Teknik Memancing Kerapu Kerapu merupakan satu spesis ikan yang paling digemari dan sentiasa menjadi buruan para pemancing. Ia di...
-
CMD Mempunyai Perintah Tertentu Untuk Diakses 99 Perintah Boleh Digunakan Dalam CMD Windows Command Prompt atau biasa disebut DOS Prompt ...
-
NAHAS MISTERI HELIKOPTER DI BARIO TAHUN 2004 - TUHAN MENUNJUKKAN KEKUASAAN KERAJAANNYA | Peristiwa kehilangan sebuah helikopter di Bario, Sa...
-
Ciri-Ciri Wanita Paling Diidamkan Lelaki | Hampir semua lelaki yang tertarik dengan keayuan wajah dan kecantikan seseorang gadis. Namun, k...
-
saya suka budak cina ni ... baca apa yg dia tulis tentang nama cina pada IC tapi agama islam Assalammualaykum to my dearest readers ...
-
Isu ni dari dulu tak selesai-selesai. Mungkin artikel dan ulasan dari pengerusi Aqsa Syarif ni dapat dipertimbangkan. Ulasan dari Penge...
Post a Comment