Portal Cari Jodoh Semanis Kurma

TMJ: Saya faham kekecewaan Ultras

Posted by Sharing_Is_Gempak

  • Ultras Malaya menyalakan suar menyebabkan permainan terpaksa dihentikan seketika pada perlawanan persahabatan antara Malaysia menentang Filipina di Stadium Selayang, Sabtu lalu.
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu mengambil pengajaran positif daripada insiden membakar suar dan bom asap pada perlawanan persahabatan antara Harimau Malaya dan Filipina di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Sabtu lalu.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim juga membidas tindakan penyokong berkenaan yang tidak sepatutnya digunakan untuk sebarang tujuan sekalipun.

"Saya memahami kekecewaan yang dirasai Ultras Malaya, yang hanya mahu melihat perubahan positif dalam bola sepak Malaysia.

"Namun begitu bom asap dan suar tidak sepatutnya digunakan dalam sebarang perlawanan,” katanya dalam satu kenyataan yang dipetik dalam web rasmi JOHOR Southern Tigers, di sini, semalam.

Tunku Ismail berkata, tindakan para penyokong itu yang mahukan integriti dan ketelusan daripada FAM di mana badan itu sendiri sering kali menyatakan sebarang aduan perlu melalui saluran yang betul.

“Namun segala permasalahan yang diajukan menerusi saluran yang sepatutnya tidak menunjukkan sebarang hasil yang positif dalam beberapa tahun. Mungkin inilah sebabnya Ultras Malaya meluahkan rasa marah dan kecewa mereka dengan cara sedemikian.

“Saya berharap FAM akan mengambil pengajaran positif daripada insiden ini dan mendengar luahan dan suara penyokong bola sepak tanah air,” katanya.

Beliau juga berkata, FAM harus membezakan ultras dan hooligan daripada melabelkan Ultras Malaya sebagai hooligan di mana selama ini penyokong adalah pemangkin semangat pasukan dalam setiap perlawanan.

“Kita juga mesti melihat mereka sebagai penyokong bola sepak yang mahukan sebuah badan pentadbir sukan bola sepak yang jujur dan telus yang diuruskan oleh mereka yang berintegriti tinggi dan bukan berkepentingan peribadi," katanya -SINAR




Related Post



Post a Comment

POPULAR POSTS