Lagi 2 Bomoh Tawar Bantuan Cari MH370 | Misteri kehilangan pesawat MAS MH370 yang belum terjawab selepas hilang awal pagi Sabtu lalu menarik minat dua bomoh dari Pulau Pinang untuk menghulurkan bantuan.
Tawaran itu dibuat oleh Mohd. Rodhi Ahmad, 74, atau lebih dikenali dengan panggilan 'Tok Janggut Bomoh Tauhid' dan rakannya, Zainal Hamid, 54, yang dikenali sebagai 'Bomoh Warisan' bagi membantu merungkai misteri kehilangan pesawat itu. Mereka tidak mengenakan sebarang syarat.
Mohd. Rodhi yang berpengalaman selama 35 tahun dalam perubatan tradisional menawarkan bantuan tersebut sebagai salah satu usaha tambahan kepada apa yang telah dilakukan oleh kerajaan dan pihak berkuasa dalam menyelesaikan misteri itu.
Semalam, Raja Bomoh Sedunia, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin, 80, melakukan satu upacara di Balai Ketibaan KLIA dan mendakwa kapalterbang MH370 masih lagi berada di Laut China Selatan dan terletak di antara Laut China Selatan, Filipina dan sebuah negara asing yang tidak dapat dipastikan.
sumber
http://www.kosmo.com.my
Post a Comment